Thursday, October 23, 2014

Berbalik kepada Al Quran dan hadith

Salam,

kisah apa yang hangat sejak akhir kahir ni ye di Malaysia?

kisah anjing.

ya kisah kempen i want to touch a dog

hangat sungguh- lebih hangat daripada berita lepas kerajaan umumkan harga minyak naik lagi

nway, memg banyak post yang menentang kempen tersebut disertai dengan video dan post daripada ustaz-ustaz terkemuka. ada juga yang main sedap jari menohmah dan memfitnah penganjur kempen berkenaan. dan saya pling tersentuh hati bila nampak post-post yang cuba mempertahankan maruah penganjur kempen tersebut.

tapi yang saya rasa nak ulas kat sini ialah orang orang yang berlebih-lebihan mengutuk dan memfitnah kempen tersebut. ada beberapa perkara yang saya terkesan bila tengok post-post macam ni:

  1. senangnya orang sekarang nak menabur fitnah. taip sini taip sana klik sini klik sana tup tup jatuh murtad dijatuhkan hukuman kepada penganjur. tup tup kata ada agenda kristian, yahudi, freemason sebagainya.
  2. sempitnya pandangan terhadap kaum-kaum dan agama-agama lain. bila ada masalah sikit agama yahudi juga yang kena. agama kristian juga yang kena. sesama Islam pun dipersalahkan. agenda shiah la, liberal Islam la. kenapa mesti nak salahkan pihak pihak yang tak de kaitan pun dengan program berkenaan? macam ada mesej yang cuba nak disampaikan. mungkinkah mereka berpandangan 'pandangan agama orang lain semuanya buruk, pandangan agama aku je yang betul'?

pandangan saya pada isu ini ialah ok je. tapi saya tak rasa terhajat untuk tulis post kat facebook kata saya ok dengan kempen berkenaan sebab siapalah saya kan. bukannya ustaz untuk orang dengar. tak ade pengalaman mengkaji agama secara khusus pun. kalau saya letak pandangan saya haruslah melenting semua orang. lagipun bagus juga tengok orang berdebat secara sihat mengenai isu ni. yang tak bagunsya bila saling ejek mengejek, fitnah memfitnah dan memeras ugut.

dan ada ramai orang yang post kembalilah kepada Al Quran dan hadith. which is a very good answer bila bercerita tentang hukum-hakam sesuatu perkara. tetapi dalam hal ni Al Quran dan hadith tak berapa specific mengenai hukumnya. setahu saya perkara ni disentuh dalam satu ayat Al Quran bahawa jilatan anjing perlu dibasuh dengan air tanah. (DISCLAIMER: ini berdasarkan pengetahuan saya, kalau nak dapat jawapan yang lebih telus sila buat research sendiri). tak de kata pun haram ke makruh ke harus ke sentuh anjing tu. dan ada kisah mengenai malaikat Jibrail tak mahu turun ke bumi kerana terdapat seekor anjing tersorok dekat dengan Rasulullah. tapi tu lah, kisah ni telus ke? saya pernah dengar kisah ni tapi tak pernah dengar bukti kebenaran kisah ni. kalau kisah ni betul pun argument yang sama masih boleh dipakai. tak de cakap pun pasal hukum secara general menyentuh anjing. sebab tulah ulama' zaman dahulu ada berbeza beza pendapat dalam hal ni. dan pendapat ulama' zaman sekarang biasanya berdasarkan pendapat ulama' zaman dahulu dan memang dinasibkan kita memilih pendapat yang lebih strict.

saya lebih berpihak kepada pihak penganjur mungkin disebabkan bias yang saya ni duduk luar negara lama. kalau pergi rumah orang putih banyak je anjing datang dekat. sangatlah x sopan nak meraung raung bgtau tuan rumah untuk suruh anjing tu pergi jauh. jadi kita biar je lah anjing tu main dekat dengan kita. situasi di Malaysia mungkin berbeza sebab majoritinya orang tak bela anjing.

malangnya disebabkan obsesi perkara perakara remeh macam ni lama kelamaan orang kita fobia dengan anjing.

kalau tengok video kat bawah ni terserlah punyalah fobia orang Melayu dengan anjing. nak naik bas atau teksi pun tak boleh. benda yang lebih penting seperti belas kasihan dan tolong menolong hilang terus dek kerana fobia kepada anjing.

even perkataan anjing pun berbaur buruk biasanya bila digunakan. macam perkataan babi. padahal kedua duanya ialah haiwan makhluk ciptaan Allah.

so apa pengajaran yang saya dapat melalui kes ni?

  1. yes balik kepada Al Quran dan hadith betul. research sendiri Al Quran dan hadith tersebut rather than dengar ustaz cakap je. orang yang mendengar pun kena ambil tanggungjawab untuk cari maklumat sendiri melalui sumber asal.
  2. janganlah nak salahkan pihak yang tak telibat dengan benda benda ni. fitnah tuh
  3. jangan dilupa yang anjing tu makhluk Allah. kalau benar fobia tu tak pe, tapi jangan dicederakan anjing- anjing tu. jangan lupa juga belas kasihan terhadap haiwan berkenaan dan orang orang yang kurang upaya.