Tuesday, August 19, 2014

Standard of living

Blog BM, tapi tajuk English, jadi sorry lah ye kalau anda tak faham BM.

Sejak balik ni, antara soalan yang sering diajukan ialah "ada tak keje untuk saya kat UK sana?"

Respon yang saya biasa bagi ialah "susah nak cari keje kat sana etc etc etc...", tapi kalau nak jawapan yang lebih jujur rasanya ialah "tak ada"

Saya faham yang soalan ni diajukan sekadar nak melawak je. Sebab secara praktikalnya untuk kerja kat UK sana memang mustahillah, lebih lebih lagi untuk kerja kerja peringkat buruh. Nak tinggalkan keluarga dan tanah air lagi. Sanggup ke nak tinggalkan roti canai semata mata nak kerja kat UK?


Disebabkan soalan ni banyak ditanyakan, saya pun mula tertanya tanya, kenapa ramai yang nak kerja kat luar negara? 

Saya tak tahu apa jawapan sebenar kepada soalan tu, tapi saya rasa mungkin ada kaitan dengan cost of living yang semakin naik dan gaji yang tak berapa nak naik

Untuk yang tak berapa familiar dengan konsep cost of living, secara kasarnya, cost of living ni ialah kos yang seseorang atau satu unit keluarga kena tanggung untuk perbelanjaan asas seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan, perubatan etc.(Kamus Dewan Bahasa otak sendiri, jadi kalau salah sila betulkan)

Kalau cakap pasal gaji, semua orang tahu kot gaji tu apa

Katakanlah, kalau cost of living untuk Mat, seorang pekerja kilang bujang ialah RM 10,000 setahun dan gaji dia RM 20,000 setahun, jadi Mat ada dalam RM 10,000 extra yang boleh digunakan untuk simpanan (ataupun berfoya foya). Tapi saban tahun, harga barang makin naik, semua benda jadi mahal. Saban tahun, cost of living Mat pun bertambah. Dulu RM 10,000, sekarang RM 20,000. Tapi gaji Mat tak naik naik, tetap RM 20,000. Sekarang Mat dah tak boleh nak simpan duit lagi, sebab apa yang dia terima dia kena bayar untuk perbelanjaan asas- untuk hidup. Cuba bayangkan bila cost of living tu naik lagi...?

astro pun dikira perbelanjaan asas ke?

Dekat Malaysia, kenaikan cost of living dan kemerosotan tahap gaji biasanya dikaitkan dengan pemerintah yang corrupt dan polisi yang entah ape ape. Boleh pulak cost of living naik, kerajaan bina kedai 1 Malaysia untuk berniaga dengan rakyat. Ni umpama makanan kat kantin sekolah naik; jadi bendahari kelas pun berniaga jual makanan yang lagi murah dari kantin sekolah kat kelas, tapi modal guna duit kelas- untung, bendahari yang ambil.

Cost of living naik dan kemerosotan tahap gaji sebenarnya satu fenomena sedunia. Negara negara maju seperti UK dan US pun merasai benda yang sama. Jadi secara kasarnya, kalau anda dapat kerja kat UK pun anda akan rasa terhimpit juga sebab perbelanjaan asas seperti makanan dan tempat tinggal sangatlah mahal kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. 

Walaupun satu fenomena dunia, tapi tak semua orang merasai benda yang sama. Kebanyakan gaji pekerja, stay pada tahap yang sama bertahun tahun. Kalau naik pun, naik slow je sedangkan cost of living setiap tahun naik macam kereta guna gear 5. Tetapi ada pekerja yang gajinya naik macam gear 6. Siapa mereka ni? 

Syarikat syarikat besar dan CEO mereka.

Gambar kat atas tu memang menarik sangat. Sering kali kita dengar masalah bajet untuk sektor sektor awam (sektor sektor penting untuk kesejahteraan rakyat) sebab peruntukan tak cukup. Tapi sebenarnya, pada masa yang sama syarikat syarikat besar ni longsap hasil hasil pendapatan negara. Dekat Malaysia, mungkin tak jelas sangat masalah ni, tapi di US (dan Singapore mungkin?) ni memang antara masalah besar.

Tak larat nak cerita kenapa cost of living naik saban hari sebab cerita tu sangat panjang dan kompleks dan saya bukanlah orang yang paling berilmu. Kalau nak cerita mungkin kena cari hari lain. Tapi berdasarkan sistem ekonomi yang kita ada sekarang, cost of living mungkin akan terus menerus naik. Dan persoalannya, apa akan terjadi kalau cost of living terus menerus naik? 

No comments:

Post a Comment