Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Tidur

Salam,

Ada terjumpa satu video menarik dekat youtube. Video tentang tidur.



Dalam video ni, TED speaker ada ulas tentang teori kenapa kita perlu tidur, kepentingan untuk tidur, kesan apabila kurang tidur dan beberapa fakta lagi tentang tidur.

Antara mesej yang disampaikan oleh video ni:

1) Selain daripada masalah untuk fokus dan masalah memori, kurang tidur boleh menambahkan berat badan dan stress. Stress yang berpanjangan pula boleh menyebabkan badan lebih mudah terkena penyakit berjangkit dan lebih mudah untuk mendapat kanser, diabetes dan masalah jantung

2) Cara cara untuk memudahkan tidur: kurangkan pendedahan kepada cahaya yang terang sebelum waktu tidur, jauhi makanan dan minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur dan sebagainya.

3) Tempoh masa tidur berbeza mengikut individu. Secara puratanya, manusia perlu tidur selama 8 jam, tetapi berbeza antara individu dengan individu lain. Ada orang perlukan tidur yang lebih panjang dan ada orang perlukan masa tidur yang lebih pendek.

4) Pernah dengar 'early birds catch the worms'? Kajian menunjukkan tiada kaitan antara bangun awal atau lewat dengan kejayaan

5) Dan yang paling saya suka sekali ialah remaja secara biologinya (fizikalnya) perlu tidur lebih lambat dan perlukan masa tidur yang lebih panjang. Hmm interesting...

Saya rasa fakta nombor 5 tu sangat menarik sebab kita semua dah pernah merasai umur remaja. Dan waktu zaman remaja ni memang rasa asyik nak tidur je. Tapi semua orang kat sekeliling tak bagi tidur lama-lama. Kalau kat asrama dulu, prep habis pukul 10-11 malam, lepas tu nak kena bangun subuh pukul 5.30 pagi. 5-6 jam je tidur. Kalau yang tak subuh tu bangun pukul 6.30 pagi pun cuma ada satu jam je extra. Tapi sebenarnya, waktu remaja badan kita perlukan lebih banyak masa tidur. Ini mungkin disebabkan otak remaja masih lagi dalam proses pematangan, jadi badan perlukan rehat yang secukupnya untuk membantu proses pematangan tersebut (teori sendiri)

Secara peribadinya, kalau tak ada kerja, saya akan tidur bila bila masa saya rasa mengantuk. Tapi saya lebih cenderung untuk terjaga waktu malam dan tidur bila matahari terbit.

Tapi saya selalu tertanya tanya, kenapalah kena bangun awal untuk pergi kelas/ kerja. Kalau pergi kelas awal tu mungkin sebab cikgu/ pensyarah memang mengajar pukul 9 pagi. Tapi kalau sebagai contoh kerja menghadap komputer- rasanya datang pergi kerja bila bila pun sama je kerjanya. Tapi mungkin sebab dah memang sistemnya begitu- jadi semua orang kena ikut jelah- walaupun sistem tu tak sepadan dengan semua orang...

Dan saya salah seorang yang rasa sistem tu tak sepadan dengan saya.

Wednesday, August 13, 2014

Blog nombor 4

Salam,

The ups and downs of blogging. After whats seems like years of being inactive, I returned.

Sebab utama blogging ni ialah 1) bosan, 2) I have got something in my mind and 3) I dont want to post it on facebook. Facebook dah jadi medan utama untuk menyebar propaganda kat Malaysia sekarang. Apa apa je kalo sebar kat facebook orang boleh percaya.

Topik hari ni ialah machine and human.

Ada satu video menarik yang saya jumpa kat youtube.

Humans Need Not Apply by CGP Grey

Video ni bercerita tentang kemajuan teknologi yang kita alami sejak sedekad yang lalu. Even before that, manusia dah cipta robot dan mesin yang banyak membantu dalam kerja kerja berat. Bayangkan, 3000-4000 tahun dahulu yang mana tenaga buruh digunakan untuk membina piramid di Mesir. Mungkin terdapat beberapa ribu pekerja yang diperlukan untuk membina piramid tu. Dan untuk beribu ribu tahun manusia menggunakan tenaga fizikal sendiri dalam sektor pembinaan, pertanian dan penternakan. Sekarang, jumlah tenaga yang diperlukan untuk pekerjaan buruh merosot setelah diambil alih oleh robot dan mesin.

Video ni kemudiannua menceritakan bagaimana manusia dah mula mencipta robot dan mesin yang boleh mengambil alih tugas manusia yang menjadikan manusia tu manusia- berfikir.

Berfikir sebenarnya merupakan satu konteks akal yang agak luas. dalam video ni, dia lebih memerincikan satu cabang pemikiran iaitu decision making (mengambil keputusan). Kalau anda belajar computing anda mungkin pernah dengar orang cakap "robot ni dungu, diorang akan buat apa saja yang kita suruh diorang buat". Guess what, manusia dah mencipta robot yang boleh ambil keputusan sendiri dan belajar dari orang lain. Tugas tugas professional yang memerlukan analisa dan critical decision making seperti doktor, engineer dan lawyer pun dah ada robot yang boleh buat kerja macam tu. Even, memandu, salah satu perkara kompleks yang manusia boleh buat dah boleh dilakukan oleh robot.

Apa yang menarik ialah video ni bercerita tentang kesan terhadap sumber pekerjaan apabila robot mengambil alih tugas manusia. secara ekonominya, merekrut robot ni lebih murah daripada merekrut manusia, jadi kalau anda seorang pengusaha, merekrut robot untuk tugas tugas yang boleh dilakukan oleh robot adalah lebih logik daripada membayar gaji manusia yang mahal. dan sekarang semakin banyak robot telah dicipta untuk membuat lebih banyak tugas manusia dan diorang ni dah mengambil alih banyak tugas manusia dalam dunia pekerjaan. jadi semakin banyaklah manusia yang tak dapat cari kerja. unemployment akan meningkat dan obviously, akan memberi kesan terhadap sistem ekonomi sesebuah negara.

saya rasa video ni agak menarik dari segi:
1) cuba bayangkan dunia di mana semuanya dilakukan oleh robot. memandu, memasak, kemas rumah- seronoknya

klip dari the jetsons- tak mustahil teknologi macam ni akan berlaku x lama lagi

2) even profession sebagai doktor pun boleh diambil alih oleh robot dan mesin. jadi graduan sekarang kena pandai pilih kareer yang resilient terhadap perubuhan ni. to be fair, ia mungkin mengambil masa beratus ratus tahun jika tak berpuluh puluh tahun sebelum robot ambil alih tugas doktor, lawyer dan engineer, but we never know.


3) jika robot ambil alih kerja kerja manusia hari ni, adakah akan ada kerja kerja baru untuk manusia? mungkin semua orang akan jadi enterpreneur dan robot sebagai pekerja?

4) ROBOTS TAKE OVER THE WORLD!!!

harap harap ni x kan terjadi...

Jadi, apakah pendapat kalian? apakah strategi kita untuk dalam menghadapi perubahan ini?